Masa yang ada suntuk. Kami jumpe abi pada waktu tengahari, abi plak ada kerja nak diselesaikan dan perlu ke masjid untuk tunaikan solat jumaat. Maka, alang dan utih lepak-lepak dan jenguk-jenguk kedai yang ada di situ. Nasib baik banyak kedai yang boleh di jeguk-jenguk. hehe.
Alamak, jam dah mencecah pukul 2.15 petang. abi dan angah tak habis solat jumaat lagi. kami dah risau di Restoran Khalifah sambil menghirup teh' o ais dan menjamah roti canai yang kami kongsi bersama. utih plak ada kelas pukul 3 petang. sempat tak nak jumpe dan lepak bersama abi ni?
Kami ambil keputusan untuk tunggu abi di depan office abi. dan waktu abi sampai, kami melangkah dan melepak sekejap di Subway yang berdekatan. Kami borak.


Waktu lepak dengan utih, utih ada cerita pasal ipod dan purse dia hampir hilang. Macam mana cara hilang tuh? Masa tuh, utih di library. kebiasaaannya, utih tak bawak ipod keluar ke mana-mana, tapi pada hari kejadian, utih ada urusan yang memerlukan ipod untuk memudahkan pencarian. Kalau tak silap, masa nak keluar library kot, utih nak masukkan ipod dan purse dalam beg, tapi tak sempat masukkan lagi, tetiba time tu lah ada orang call. Masa tengah syok borak, utih terjalan sikit tanpa sedar. kurang daripada 5minit borak. bila pergi tempat bag semula, tengok-tengok ipod dan purse HILANG! Memang cuak sangat. Utih call abi cakap sorry dan kesal. Then call kawan dia, Sya. Luahkan rasa hati. Waktu borak dgn Sya, utih borak dengan suara yang kuat supaya orang sekeliling tahu utih baru kehilangan barang. Nak dijadikan cerita, utih borak sambil berjalan patah balik ke library dan tetiba utih ditegur seorang brother ni yang bagitahu, barang utih yang hilang ada di kaunter. Mungkin brother tu terdengar conversation utih dan Sya. Tapi macam mana brother tu tahu, barang utih ada di kauntar, hanya Allah yang tahu. Waktu hilang, utih kata memang paling sedey lah. Tapi bila dah dapat balik, bersyukur sangat kot!
" Abi rasa kejadian tu macam dalam cerita, sebab abi dan uda pun macam tuh jugak"
Kitorg macam, hah? cis, taktahu cerita. mesti cerita best.
abi pun memulakan cerita. abi kata, aritu abi nak transfer duit. mungkin kebiasaannya, abi transfer guna cash deposit kot, tapi that night, abi transfer guna atm card, so lepas abi transfer di BIMB, abi lupa nak ambik kad tu balik. abi terus pergi dan menuju ke bank lain pula untuk settle kan urusan duit. Habis di bank lain itu, abi ingat nak ke BIMB balik sebab ada satu lagi urusan duit, then time tu lah abi teringat yang abi lupa nak ambil kad atm. bila abi ke atm machine tu semula, of course lah kad dah tak ada. Sama ada di telan machine atau ada orang lain yang ambil. Kebetulan plak, waktu tu, tak ada plak security guard yang bertugas. dan nak dijadikan cerita, ada orang tegur abi dan pulangkan kad atm. dia kata waktu dia ambil kad atm abi, abi dah pergi daripada bank. tak sempat nak kejar. Nasib baik abi patah balik ke BIMB tu, kalau tak leceh lah, nak buat report lah apa lah. kan? Nasib baik.
Uda punya cerita plak. uda tertinggal atau terhilang buku kecik dia. yang mengandungi resepi burger dia dan juga nombor-nombor telephone orang yang dia berurusan untuk cari tempat berniaga. Macam penting jugak lah buku tuh. adus. tapi yang nasib baik nya, dalam buku tu kat first page, uda tulis " Ini buku aku, sesiapa yang jumpa buku ni, sila hubungi 017-392XXXX". dan nasib baiknya, orang yang jumpa buku tu, memang call uda untuk pulangkan buku. nasib baik.
alang pun kata, " Dah tiga orang yang bernasib baik, agaknya orang keempat akan bernasib baik tak? Siapakah orang keempat tuh?"
abis bercerita, uda pun sampai. memula semua orang senyum, tapi tetiba nampak uda jalan terjengkit-jengkit. angah pun seraya bertanya, " Accident ke? "
uda pantas mengangguk.


Diorang bersihkan luka kat dalam toilet lelaki, tapi alang dan utih selamba jer masuk. mana leh lepaskan aksi menggerunkan. Uda tahan jer orang tu bersihkan luka guna anti septik. mesti pedih sangat!
Jam dah cecah pukul 3.15 petang. utih dah lewat ke kelas. Nak lepaskan saat-saat genting ni macam rugi jer, tapi apa ley buat, kami pun bergerak juga dengan berat kaki ke UIA PJ. Sungguh sekejap je dapat berjumpa!
Abi habis keje lebih kurang pukul 5 petang. rasanya lah. Kemudian, angah bawak motor uda ke bengkel, uda pulak naik kereta dengan abi. Tapi sayangnya, masa angah bawak moto tu, phone angah terjatuh dan hilang! owh, rupa-rupanya angah lah orang ke-empat yang kurang bernasib baik. apa boleh buat.

Sebelum abi dan angah bergerak ke JB, abi telah belanja kami makan durian. Wow! Best dan manis. Sorry lah utih, kalau utih tahu mesti utih jeles kan?? Lain kali kita makan bersama-sama ya. Thanks abi!
Have a save journey!