Thursday, September 16, 2010

Wednesday, September 1, 2010

Kad Raya Kakak




umi post gambar ni kat facebook, tapi alang cilok. masukkan dalam blog. hehe. wah! memang kakak bersemangat waja lah.

tu pn umi kata umi kena sound kat kakak, "umi tak baca eeh kad kakak", hr khamis lg kakak letak. Dia dah tampal kt cermin bilik umi khamis lg, sama dgn semau hasil kerja yg dia lekatkan tuu, hehe..

alang tak ingat, masa alang sebaya macam kakak, darjah 2, adakah alang penah buat sendiri kad raya untuk abi dan umi? hmmm.. kagum betul dengan kakak. kakak sorang je ke yang bagi? Aisyah, abe dan abang tak bagi ke?

Monday, August 9, 2010

perniagaan mereka!

we all proud of u!



visit them at www.http://bit.ly/mrjunior

convo utih





Monday, July 12, 2010

bertemu abi sekejap

Dua minggu yang lepas, abi telah datang ke KL. Ada urusan kerja selama seminggu di Uptown Damansara. Kami tidak meluangkan banyak masa bersama memandangkan alang ada kelas. Cuma, pada hari terakhir abi di KL iaitu hari Jumaat, alang dan utih pergi ke Uptown Damansara untuk jumpa abi dan say goodbye.

Masa yang ada suntuk. Kami jumpe abi pada waktu tengahari, abi plak ada kerja nak diselesaikan dan perlu ke masjid untuk tunaikan solat jumaat. Maka, alang dan utih lepak-lepak dan jenguk-jenguk kedai yang ada di situ. Nasib baik banyak kedai yang boleh di jeguk-jenguk. hehe.

Alamak, jam dah mencecah pukul 2.15 petang. abi dan angah tak habis solat jumaat lagi. kami dah risau di Restoran Khalifah sambil menghirup teh' o ais dan menjamah roti canai yang kami kongsi bersama. utih plak ada kelas pukul 3 petang. sempat tak nak jumpe dan lepak bersama abi ni?

Kami ambil keputusan untuk tunggu abi di depan office abi. dan waktu abi sampai, kami melangkah dan melepak sekejap di Subway yang berdekatan. Kami borak.



Waktu lepak dengan utih, utih ada cerita pasal ipod dan purse dia hampir hilang. Macam mana cara hilang tuh? Masa tuh, utih di library. kebiasaaannya, utih tak bawak ipod keluar ke mana-mana, tapi pada hari kejadian, utih ada urusan yang memerlukan ipod untuk memudahkan pencarian. Kalau tak silap, masa nak keluar library kot, utih nak masukkan ipod dan purse dalam beg, tapi tak sempat masukkan lagi, tetiba time tu lah ada orang call. Masa tengah syok borak, utih terjalan sikit tanpa sedar. kurang daripada 5minit borak. bila pergi tempat bag semula, tengok-tengok ipod dan purse HILANG! Memang cuak sangat. Utih call abi cakap sorry dan kesal. Then call kawan dia, Sya. Luahkan rasa hati. Waktu borak dgn Sya, utih borak dengan suara yang kuat supaya orang sekeliling tahu utih baru kehilangan barang. Nak dijadikan cerita, utih borak sambil berjalan patah balik ke library dan tetiba utih ditegur seorang brother ni yang bagitahu, barang utih yang hilang ada di kaunter. Mungkin brother tu terdengar conversation utih dan Sya. Tapi macam mana brother tu tahu, barang utih ada di kauntar, hanya Allah yang tahu. Waktu hilang, utih kata memang paling sedey lah. Tapi bila dah dapat balik, bersyukur sangat kot!

" Abi rasa kejadian tu macam dalam cerita, sebab abi dan uda pun macam tuh jugak"

Kitorg macam, hah? cis, taktahu cerita. mesti cerita best.

abi pun memulakan cerita. abi kata, aritu abi nak transfer duit. mungkin kebiasaannya, abi transfer guna cash deposit kot, tapi that night, abi transfer guna atm card, so lepas abi transfer di BIMB, abi lupa nak ambik kad tu balik. abi terus pergi dan menuju ke bank lain pula untuk settle kan urusan duit. Habis di bank lain itu, abi ingat nak ke BIMB balik sebab ada satu lagi urusan duit, then time tu lah abi teringat yang abi lupa nak ambil kad atm. bila abi ke atm machine tu semula, of course lah kad dah tak ada. Sama ada di telan machine atau ada orang lain yang ambil. Kebetulan plak, waktu tu, tak ada plak security guard yang bertugas. dan nak dijadikan cerita, ada orang tegur abi dan pulangkan kad atm. dia kata waktu dia ambil kad atm abi, abi dah pergi daripada bank. tak sempat nak kejar. Nasib baik abi patah balik ke BIMB tu, kalau tak leceh lah, nak buat report lah apa lah. kan? Nasib baik.

Uda punya cerita plak. uda tertinggal atau terhilang buku kecik dia. yang mengandungi resepi burger dia dan juga nombor-nombor telephone orang yang dia berurusan untuk cari tempat berniaga. Macam penting jugak lah buku tuh. adus. tapi yang nasib baik nya, dalam buku tu kat first page, uda tulis " Ini buku aku, sesiapa yang jumpa buku ni, sila hubungi 017-392XXXX". dan nasib baiknya, orang yang jumpa buku tu, memang call uda untuk pulangkan buku. nasib baik.

alang pun kata, " Dah tiga orang yang bernasib baik, agaknya orang keempat akan bernasib baik tak? Siapakah orang keempat tuh?"

abis bercerita, uda pun sampai. memula semua orang senyum, tapi tetiba nampak uda jalan terjengkit-jengkit. angah pun seraya bertanya, " Accident ke? "
uda pantas mengangguk.



Diorang bersihkan luka kat dalam toilet lelaki, tapi alang dan utih selamba jer masuk. mana leh lepaskan aksi menggerunkan. Uda tahan jer orang tu bersihkan luka guna anti septik. mesti pedih sangat!

Jam dah cecah pukul 3.15 petang. utih dah lewat ke kelas. Nak lepaskan saat-saat genting ni macam rugi jer, tapi apa ley buat, kami pun bergerak juga dengan berat kaki ke UIA PJ. Sungguh sekejap je dapat berjumpa!

Abi habis keje lebih kurang pukul 5 petang. rasanya lah. Kemudian, angah bawak motor uda ke bengkel, uda pulak naik kereta dengan abi. Tapi sayangnya, masa angah bawak moto tu, phone angah terjatuh dan hilang! owh, rupa-rupanya angah lah orang ke-empat yang kurang bernasib baik. apa boleh buat.


Sebelum abi dan angah bergerak ke JB, abi telah belanja kami makan durian. Wow! Best dan manis. Sorry lah utih, kalau utih tahu mesti utih jeles kan?? Lain kali kita makan bersama-sama ya. Thanks abi!

Have a save journey!

Thursday, June 24, 2010

Ganjaran si posmen



Kakak dapat 2 kek coklat daripada ustazah Mariah. Kakak bagi satu untuk abang, satu untuk Aisyah. yay!

Penolong Ketua Kelas



Alhamdullilah, kakak jadi penolong ketua kelas. nampak name tag tu? itu lah name tag untuk penolong ketua kelas.

saya sayang keluarga saya

Wednesday, June 23, 2010

finally



anak sulung fasa pertama yang paling akhir mendapat lesen.
yay!

Ikan bawal oh ikan bawal

Salah satu lauk sampoi untuk dinner tadi ialah, ikan bawal goreng. Umi letak nasi kat pinggan semua, abe cepat-cepat sambar seekor ikan bawal besar. pergh. pastu umi tegur sebab ikan bawal besar ada dua, ikan bawal kecik ada dua. umi suruh abe ambil yang kecik. abe macam kecewa tapi ambillah jugak.

Sedang enak melayan keenakkan ikan bawal goreng, kakak mula bersuara.

" umi, hari-hari goreng ikan ni eh. sedap sangat. "
" ish, mana boleh. ikan bawal ni RM36 sekilo. "
" ala, umi ambil lah duit raya kakak, ada RM56 kan. "
" kalau ambik pun, sempat beli 2 kilo jer."

abang tiba-tiba nak turut serta dalam perbualan hangat nih,

" tak apa, umi ambik duit tabung sume orang, nanti boleh beli banyak-banyak!"



p/s : kerana ikan bawal, sanggup korbankan duit tabung. aisyah pun taksanggup biar isi ikan bawal masuk dalam togsampah. kalau boleh makan tulang, agaknya, dengan tulang-tulang ikan tuh aisyah telan!

Nombor

Baru hari ini kak alang sedar kenapa nama abe dan kakak kalau buat username atau apa-apa lah akan menjadi, Tarmizi11 ( disebut : Tarmizi satu satu ) dan Khadijah 12 ( disebut : Khadijah satu dua ). Kak alang menyedari semua ini setelah kak alang nampak username abang iaitu Baihaqi13 ( disebut : Baihaqi satu tiga ) waktu abang main ps3.

Semua ini rupa-rupanya gara-gara oleh si Ben. Maka abe, kakak dan abang mengikut jejak langkah Ben. Hoho~
Aisyah taknak join the club ke?



oh Ben, kamu menjadi ikutan mereka..

Monday, June 21, 2010

Tuesday, May 25, 2010

Berita Baik!


" Abi dah tahu berita baik ? " Utih bersuara memecah keheningan malam.

" Ada orang nak datang masuk meminang utih ker? " Alang buat tekaan melulu. terus utih buat muka lima sen.

" Abe dapat interview untuk jadi pengawas! " kata utih pantas.

Semoga kalau abe betul-betul dapat jadik pengawas, abe akan jadi lebih pembersih, lebih rajin dan lebih bertanggungjawab! semua orang bangga dengan abe.

Jangan Marah

Tengah menikmati makan malam, kakak tiba-tiba bersuara.

"Umi, tak boleh marah-marah tau sebab nanti cepat tua. Sebab kalau marah-marah lebih banyak urat akan keluar. Kalau senyum, ada 7 urat jer. Kalau marah ada 70 urat!!", terang kakak dengan ekspresi muka yang bersungguh.

"Seronoklah kakak, nanti tak ada orang marah-marah kat kakak."

"Kalau gitu kakak tak leh marah-marah lah nanti cepat tua." Alang bitau kat kakak. kakak plak tersenyum kambing.

" Kalau kakak gaduh dengan abe, kakak tak boleh marah abe lah." umi pula bersuara.

"OK." Kakak jawap dengan pantas sambil senyum lebar.

" Tapi orang tua boleh lah marah-marah, sebab orang tua dah tua. Orang muda lah yang tak boleh marah-marah, nanti jadi cepat tua." Abi plak menyelit memberi pandangan.

" Kalau orang tua marah-marah, nanti jadi makin tua lah. " Kakak membidas pandangan abi.

" Kalau orang suka marah-marah, nanti kena panggil mak nenek. hehe. " Sambung kakak lagi.

" Kalau abe suke marah-marah, nanti orang panggil abe, ayah atok. " Abang tiba-tiba bersuara.


Sunday, May 23, 2010

aktiviti hujung minggu

Kami semua berada di Kuala Lumpur pada hari Sabtu. Bukan semua. Alang ada aktiviti dengan kawan-kawan, umi ada aktiviti dengan sekolahnya dan utih ada aktiviti dengan kotak-kotaknya.

Sebelum bergerak ke JB, kami singgah Alamanda dulu.


yay! umi dapat surprise.



" Jom balik JB!! "


**************

Pada hari ahad plak, kami telah membasahkan diri.

JOM BERENANG!








Kemudian kami menuju ke Jusco Bukit Indah. Tapi yang ikut hanya the Girls Gang!



Tujuan kami pergi ke Jusco untuk mencari kasut dan bag pack untuk utih.

Namun, kami masih sempat bersama-sama menikmati kesejukan dan keasyikan ice-cream.



Wednesday, May 19, 2010

lesung pipit

Kakak memulakan perbualan,

" Kak alang ada lesung pipit? Kakak ada lesung pipit. "
" Entah, tak pasti. "
" Angah ada ke lesung pipit?? "
" Ada. Kat sini. "
" Abi ada ke lesung pipit? "
" Abi tak ada. Tapi abi ada lesung helang. "

kakak buat muka keliru.

krik.krik.krik.

" Eyh, lesung pipi lah. "

Tuesday, May 18, 2010

cupcakes



harini kakak dapat percume kek cawan daripada ustazah Mariah.
saya dapat kerana saya rajin tolong ustazah.
Best. dapat makan. abi dengan umi tak dapat. kakak, abe, abang, aisyah jer dapat.
rugi.... umi dan abi tak makan.
yummmyyy, sedapnye.
kalau umi dan abi nak, belilah sendiri. hehehe
dengan angah uda tak makan juga. auu, rugi nye ude. angah pun rugi juga. hahaha.

angah

waktu alang amek abe daripada sekolah, abe dah ternampak satu kertas yang penuh dengan contengan. tapi contengan yang best. dan semua orang tahu, angah memang memiliki bakat melukis yang hebat! bukan saja bakat melukis, tapi angah all in one!


tengok sajalah logo Pusat memandu Intensif yang angah dah ubah mengikut kreativiti angah sendiri. angah memang kreatif!

kat bawah ini, hasil contengan hebat angah jugak!





alang sungguh kagum dengan angah!
awak kagum juga tak?

Thursday, May 13, 2010

kenapa saya suka kak alang balik JB?,


semalam pagi, kak alang sampai JB, saya rasa gembira dan suka. kenapa? saya suka kerana dapat main KOMPUTER kak alang......

warna-warni tudung saya



setiap hari khamis, mesti ada water colour yang melekat di tudung saya. kenapa? sebab saya ingat tudung saya adalah kertas lukisan. rupa-rupanya, tudung!
sorry umi sebab kakak selalu kotorkan tudung pada hari khamis. kakak kan kreatif. haha.

kawan saya cakap, "Dah mati ke?"
sebab ada warna merah kat kepala.

Wednesday, May 12, 2010

gigi pertama



sedar tak sedar, sudah 8 bulan usia Hafsah dan Safiyah. dan kini, Safiyah sudah ada satu gigi baru. tak sabar rasanya nak melihat si kembar ini membesar lagi.

Friday, February 19, 2010