Wednesday, October 28, 2009

kerusi



comel jer kan? kalo letak dalam kete, hahaha. kakak dgn aisyah mesti suke sebab warna pink.
arituh jalan2 midvalley, survey harga stroller utk twin. tapi bukan stroller jer yang disurvey,
sume barang2 dalam kedai combi, mothercare dgn ape tah name satu lagi kedai tuh, sume barang utk baby sungguh teramat comel. geram!

Sunday, October 25, 2009

Minggu ini!




Aisyah dah 4 tahun! Yummy, makan kek PINK!


Ada buat pulut kuning. Sebab Utih dah khatam AlQuran. Alhamdulillah, moga istiqomah..

Saturday, October 24, 2009

Saturday, October 17, 2009

Aisyah perasan. (tapi betul jugak)



tadi petang, kami semua; abe, kakak, abang, kak Aisyah, kak alang dan abi, pergi menunggang basikal di sekeliling TSM, semasa kak alang dgn Aisyah tengah syok menunggang basikal, tiba-tiba ada sebuah kereta biru hendak lalu, oleh itu kak alang dan Aisyah berhenti di tepi jalan untuk memberi laluan kepada kereta itu, dan semasa kereta itu lalu, pemandunya telah mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih, tiba-tiba aisyah berkata,

" kak alang, tadi kan, orang tu angkat tangan kat ncah, sebab ncah comel."

uiks?

Friday, October 16, 2009

kuih traditional!

ini kueh saya,saya ade 5 jenis kueh karipap,
kueh lapis,sate,kueh tat,donat tapi tak boleh
dimakan tau sebab ini diperbuat daripada
tanahliat

Tuesday, October 13, 2009

Dua teman sejati

Dua teman sejati, insyaAllah. Kakak, Hafsah biasanya tidak banyak minum susu. Tapi si-adik Safiyah, banyak! Semalam pergi jumpa doktor, berat si-adik 400g lebih dari kakaknya yang beratnya 1810g. Masih kecil lagi. Umur 26hari.


Saturday, October 10, 2009

gigi kakak makin kurang

hari raya di TSM

Hari nih secara tidak merancang, kami beraya di dua tempat, tapi tak tahu lah kalau abi memang dah merancang awal2, tapi kami adik-beradik, tak buat ape2 perancangan. hehe. Tapi yang pasti kedua-dua tempat berada dalam TSM.



Tempat pertama yang kami pergi ialah di rumah kawan abi, hehe. Abang tak ikut sebab abang busy nak main game. best lah jugak juadah yang disediakan, tapi bagi abi yang paling best mestilah kaki kambing! kalo kaki kambing ni ada kat rumah, sudah tentu abi akan habiskan semua kaki-kaki kambing yang ade.




Tempat kedua berlangsung pada malam hari. Kami pergi dalam lingkungan pukul 9 malam. Sekali lagi kami dijamu dengan juadah kegemaran abi, kaki kambing! Agaknya tak dapat dibilang dengan jari berapa bilangan sebenar kaki kambing yang menjadik mangsa abi, dan yang dahsyatnya, abe dgn abang pun dah ikut jejak langkah abi!




Saturday, October 3, 2009