Saturday, November 21, 2009

detik-detik ihtifal 2009




Hari ihtifal tahun ini, abe dan kakak, masing-masing dapat 2 anugerah. mereka sememangnya happy. entry sebelum nih, kakak dah cerita yang kakak buat persembahan aerobik dan anugerah ape yang kakak serta abe dapat. rasanya, tak perlu nak ulang cerita lagi kot. umi, abi dan aisyah datang lambat sedikit sebab abi dengan umi pergi hospital bersama si kembar. tapi abang langsung tak datang sebab abang kata majlis ihtifal boring dan lama sangat. Setakat ni, ihtifal best juga sebab ada persembahan aerobik, ada persembahan sketsa, ada persembahan nasyid dan ada cabutan bertuah. tapi kami tak bertuah sangat lah sebab tak dipanggil nama.






sebelum balik, abi sempat lagi pergi menderma darah. tapi kesiannya sebab abi hanya mampu derma separuh je. kenapa? hehehe. tanyalah abi sendiri!

ihtifal di SRIH


Masa hari ihtifal tadi best sangat! kakak dapat dua piala abe pon dapat dua piala.
kakak dapat piala untuk akademik cemerlang 2009 dengan piala untuk akhlak mulia. kakak gembira sangat! abi dengan umi mesti suke.
abe pula dapat piala untuk penghafaz terbaik dengan akademik cemerlang.
lepastu kakak masuk persembahan aerobik. best! abe tak masuk persembahan sebab ustazah tak bagi.
abi dengan umi pun datang lambat.
dah cukup. habis cerita. assalamualaikum.

Wednesday, November 18, 2009

weekend yang lepas,

weekend yang lepas. kita sume pergi jalan-jalan. best kan? hehe
bukan jalan mane pun, semestinyer kat ANGSANA !
best tak? mesti lah best sebab safiyyah dan hafsah pun ikut jugak.
lagi best sebab ade kak alang. betul ke tak nih??
di Angsana kita pergi makan di Marrybrown. Masa nak beratur nak beli makanan, abe cepat-cepat mintak kak alang belikan 2 biji burger utk dia. ish2, abe, abe. tak cukup dengan tuh, makanan orang lain pun die nak 'rase' sampai abe rase kenyang. betul tak?


tadaaaaa.......
cantik-cantik dan bergaya tak mereka berempat? tujuan utama pergi ke angsana adalah untuk makan dan beli sunglasses. mereka memang teruja!


gaya ala-ala gangster!


cantik tak ??



dan, kakak jugak sungguh gembira sebab gigi kakak yang sekian lama hilang, kini aktif nak menjelmakan diri. dan nampak sikit kelibat gigi yang nak tumbuh!! macam mana agaknye rupe kakak bile gigi kakak dah tumbuh yer?


dan, peristiwa terakhir yang berlaku pada hujung minggu yang lepas ialah, kak alang dah dapat luka lagi! dulu kena gigitan abe, skrg daripada kakak plak. tapi bukan gigitan lah, tapi ape ek org panggil? entah lah. arituh, kak alang main geletek-geletek dgn abang, kakak dan aisyah, tiba-tiba entah macam mana kakak telah mengganas, dan kesan nyer? tengoklah ape dah jadik pada dahi kak alang. adoyai!

Wednesday, October 28, 2009

kerusi



comel jer kan? kalo letak dalam kete, hahaha. kakak dgn aisyah mesti suke sebab warna pink.
arituh jalan2 midvalley, survey harga stroller utk twin. tapi bukan stroller jer yang disurvey,
sume barang2 dalam kedai combi, mothercare dgn ape tah name satu lagi kedai tuh, sume barang utk baby sungguh teramat comel. geram!

Sunday, October 25, 2009

Minggu ini!




Aisyah dah 4 tahun! Yummy, makan kek PINK!


Ada buat pulut kuning. Sebab Utih dah khatam AlQuran. Alhamdulillah, moga istiqomah..

Saturday, October 24, 2009

Saturday, October 17, 2009

Aisyah perasan. (tapi betul jugak)



tadi petang, kami semua; abe, kakak, abang, kak Aisyah, kak alang dan abi, pergi menunggang basikal di sekeliling TSM, semasa kak alang dgn Aisyah tengah syok menunggang basikal, tiba-tiba ada sebuah kereta biru hendak lalu, oleh itu kak alang dan Aisyah berhenti di tepi jalan untuk memberi laluan kepada kereta itu, dan semasa kereta itu lalu, pemandunya telah mengangkat tangan sebagai tanda terima kasih, tiba-tiba aisyah berkata,

" kak alang, tadi kan, orang tu angkat tangan kat ncah, sebab ncah comel."

uiks?

Friday, October 16, 2009

kuih traditional!

ini kueh saya,saya ade 5 jenis kueh karipap,
kueh lapis,sate,kueh tat,donat tapi tak boleh
dimakan tau sebab ini diperbuat daripada
tanahliat

Tuesday, October 13, 2009

Dua teman sejati

Dua teman sejati, insyaAllah. Kakak, Hafsah biasanya tidak banyak minum susu. Tapi si-adik Safiyah, banyak! Semalam pergi jumpa doktor, berat si-adik 400g lebih dari kakaknya yang beratnya 1810g. Masih kecil lagi. Umur 26hari.


Saturday, October 10, 2009

gigi kakak makin kurang

hari raya di TSM

Hari nih secara tidak merancang, kami beraya di dua tempat, tapi tak tahu lah kalau abi memang dah merancang awal2, tapi kami adik-beradik, tak buat ape2 perancangan. hehe. Tapi yang pasti kedua-dua tempat berada dalam TSM.



Tempat pertama yang kami pergi ialah di rumah kawan abi, hehe. Abang tak ikut sebab abang busy nak main game. best lah jugak juadah yang disediakan, tapi bagi abi yang paling best mestilah kaki kambing! kalo kaki kambing ni ada kat rumah, sudah tentu abi akan habiskan semua kaki-kaki kambing yang ade.




Tempat kedua berlangsung pada malam hari. Kami pergi dalam lingkungan pukul 9 malam. Sekali lagi kami dijamu dengan juadah kegemaran abi, kaki kambing! Agaknya tak dapat dibilang dengan jari berapa bilangan sebenar kaki kambing yang menjadik mangsa abi, dan yang dahsyatnya, abe dgn abang pun dah ikut jejak langkah abi!




Saturday, October 3, 2009

Wednesday, September 30, 2009

Seiras tak?

Dah keluar dari incubator.
Kali pertama Hafsah dan Safiyah di rapatkan. Macam tak serupa je.
Hafsah bujur, Safiyah bulat sikit.

Saturday, September 26, 2009

kami punya aidilfitri

this is just a few things that happened on kami punya aildilfitri yang masih terakam dalam fikiran. a lil bit boring tapi kami masih melalui setiap detik dengan senyuman yang manis. kami rindukan kampung halaman.


sebelum ape2 hal yang len nak berlaku, ofcourse pergi solat sunat aidilfitri di pagi raya yang sungguh penuh keberkatan.


then, disebabkan Siti Hafsah dan Siti Safiyah dah tak sabar nak beraya, maka lepas selesai solat sunat aidilfitri, kami bergegas ke Hospital Pakar Puteri untuk beraya bersama-sama mereka. yeay, diorang nampak happy dengan kehadiran kami. uiks. hehe.
on the way to hospital, utih bagi soklan

" cube teka ape kakak cakap pasal jubah utih nih ?"
" hmm? cantek? "
" tak, kakak kate macam buku matematik kakak "
" ek. "



open house yang pertama yang kami hadiri ialah open hospital di Hospital Pakar Puteri. wah, meriah sungguh. lebih-lebih lagi dengan kehadiran kuih raya yang kalo diberi pilihan, memang nak bawak balik jer kuih raya tuh. kuih raya diorg superb best. makan depan tv. best.


this is our first time raya kat JB. we dont have any relative yg celebrate hari raya here. so we actually cant figure out whose house we wanna visit. its really a tough decision. first raya cume pegi rumah jiran kami yang lama di Larkin Jaya dan rumah Adam only. ok, its really a good start for this aidilfitri instant.


on second day of raya, if i not wrong. utih secara SAH dan RASMI telah memandu kerete di jalan raya. i dont remember bile utih secara rasmi dapat lesen tapi agak lama jugak lah baru utih dapat drive kete secara rasminyer. hehe. proud of u lah utih!


dan pada hari raya jugak lah, phone abi dan utih telah bertukar milik antara satu sama lain. hehe. entah ape yang ade dalam fikiran abi yang membuatkan abi nak tukar jugak dgn utih pun tak dapat dikenalpasti. but, its really a great moment for utih. ofcourse sebab utih dah merana dgn phone die quite a long time. tapi the phone masih dalam condition yg ok. credit to abi lah !


ok, this is one more thing yg special gak dalam agenda aidilfitri 2009 kami lah, orang yang datang beraya di rumah kami. thanks ah pada sesape yang sudi jejak kaki ke rumah kami tuh. ok, diulangi, kami tak ada relative yang beraya di Jb, kawan2 pun ramai balik kampung, so yang datang raya di rumah pon kureng lah jugak. yang paling best yang datang raya ialah hamper baby. aha. hamper nih dapat daripada wanita-wanita SM, bukan hantar by hand tapi diorg pos. semangat tuh! then malam tuh, ajk SM datang. ok dan best. hehe.


last but not least, happy aidilfitri for our little nieces. we love them.

Thursday, September 24, 2009

T1 tengok apa.

Kenapa mulut Siti Hafsah ternganga luas?

Apa yang di senyum T2

T2 sekarang Siti Safiyah.

Wednesday, September 23, 2009

Kakaknya semakin aktif

Hari ini T1 semakin aktif. Kedua-dua sudah mula menghisap susu tanpa
bantuan. Kakak membuka mata semasa Abi datang menghantar susu perahan
jam 10 malam. Alhamdulillah, mereka sihat.

Monday, September 21, 2009

menyambut hari raya aidil fitri dengan gembira ''yeay''!

  • pagi raya tu kan bess sangat - sangat best sebab masa subuh tu abe bangun pastu ambil air wudhu' untuk solat
  • "kenapa abe rasa gembira" "cubalah jawab"

Friday, September 18, 2009

T2 twin 2 hari ketiga

Dalam incubator sehingga temp turun ke 28

T1 twin 1 hari ketiga

Masih dalam incubator